Bahagian 1
BAB 1: Mindset Copywriting Zaman AI
1 ) Copywriting adalah SKILL
“Bro, aku tak reti la tulis ayat power macam orang lain…”
Relax dulu. Kau bukan sorang.
Ramai je rasa benda yang sama. Tapi kalau kau sanggup habiskan 3 minit baca sampai habis, aku jamin — minda kau akan flip 180°.
💡 Copywriting Bukan Bakat, Tapi Struktur
Masalah utama orang yang baru nak mula tulis ayat jualan ni — dia fikir copywriting ni untuk orang yang “pandai karang”, “skema BM A+”, atau “jenis ada jiwa sastera”.
Padahal tak.
Copywriting untuk jualan bukan tentang ayat bunga-bunga, tapi tentang ayat yang kena tepat pada masalah & emosi buyer.
Copywriting yang menjual bukan macam ayat novel. Tapi ayat yang terus tembak ke otak prospek. Bila dia baca — dia rasa, “eh, ni masalah aku la!”
Contoh:
❌ “Produk ini diperbuat daripada bahan organik berkualiti tinggi.”
✅ “Kulit kau makin kusam & berjerawat? Sapu ni 3 malam – jerawat terus kecut!”
Nampak tak beza dia?
Satu macam info brosur.
Satu lagi macam kawan lama yang faham apa kau tengah lalui — dan hulur solusi siap-siap.
Sebab tu copywriting yang power =
- Ayat pendek.
- Jelas.
- Trigger emosi.
- Bagi harapan.
- Dan paling penting — mudah hadam.
Kau tak perlu jadi penulis hebat.
Kau cuma perlu tahu strukturnya.
Dan bila kau dah tahu struktur tu — kau boleh jual apa saja.
Tak kisah la produk skincare ke, tudung ke, eBook ke, affiliate ke, servis design ke…
Semuanya boleh di-adjust ikut formula yang sama.
So next time kau rasa “aku tak reti tulis ayat power…”
Ingat:
Bukan sebab kau tak pandai. Tapi sebab belum tahu cara.
Dan ini semua boleh dilatih…
2 ) AI Bukan Musuh – Tapi Sidekick PALING SETIA
Pernah tak kau rasa macam ni:
- “Tak tahu nak mula ayat macam mana…”
- “Blank bila nak tulis iklan ikut niche…”
- “Blur gila tiap kali nak buat posting harian…”
Kalau ya — kau bukan sorang.
Ramai usahawan dan affiliate pun rasa benda sama.
Tapi sekarang kita dah ada satu benda power…
AI
Ya, macam ChatGPT.
Kalau kau tahu cara guna, AI ni boleh jadi pembantu peribadi kau yang tak tidur-tidur.
Semua idea / content / skrip apa segala benda kau boleh dapat dalam masa beberapa saat je. Contoh:
- Ayat iklan ikut niche yang kau jual
- CTA padu yang boleh buat orang reply “nak”
- Struktur konten storytelling ikut gaya kau
- Idea konten harian sampai sebulan pun boleh
- Ayat closing WhatsApp siap dengan follow-up sekali
Tapi...
Jangan silap faham. AI bukan tukang sihir.
Kalau kau sendiri tak tahu siapa target kau, apa dia tengah hadap, apa masalah dia, apa impian dia — AI pun akan jadi macam budak praktikal tak cukup brief.
Dia hanya ikut apa yang KAU arahkan.
Kalau kau blur, dia pun akan bagi jawapan yang blur.
So...
Kalau kau pandai bagi input, AI akan bantu kau hasilkan ayat yang bukan sekadar cantik — tapi kena batang hidung buyer.
AI ni BUKAN pengganti otak kau.
Dia cuma mesin turbo yang akan lajukan idea kau.
Kau tetap driver utama.
3 ) Realiti Sekarang: SPEED & Mass Posting -
BUKAN TUNGGU IDEA DATANG!
Zaman sekarang dah berubah.
Menang bukan lagi sebab kau paling kreatif, paling puitis, atau paling ‘rare’ idea dia.
Yang menang sekarang?
Siapa yang paling laju test, paling laju post, dan paling laju adjust.
Kalau dulu kau ambil 3 hari fikir satu ayat iklan...
Sekarang, dengan AI, kau boleh hasilkan 10 ayat dalam masa beberapa saat — siap dengan hook, CTA, dan struktur copywriting yang padu.
Kenapa? Sebab:
📌 Game sekarang = Speed & Volume.
Bukan duduk termenung tunggu idea turun dari langit.
Tapi… bukan main belasah je.
Kau tetap kena tahu formula dan prompt yang betul.
Sebab kalau kau tak tahu nak minta apa,
AI pun akan bagi jawapan yang entah apa-apa.
Contoh:
❌ “Tolong buat ayat iklan untuk produk kecantikan.”
✅ “Buatkan 5 ayat iklan untuk serum muka, target wanita umur 25–35, yang struggle dengan kulit kusam & jerawat. Gaya santai, ada emosi, ayat pendek-pendek.”
Nampak beza dia?
Prompt yang jelas = Output yang padu.
Dan bila kau combine speed AI + ilmu copywriting,
kau dah tak main nasib-nasib lagi bila buat posting.
Kau ada sistem.
Kau boleh buat mass posting dengan tujuan.
Dan bila kau test 10 benda — at least satu mesti meletup.
Nak hasil yang konsisten?
Guna sistem, bukan ikut mood atau tunggu motivasi!
✅ RUMUSAN Bab 1:
- Copywriting bukan bakat.
Ia adalah skill yang boleh dilatih dan diasah — oleh sesiapa saja, termasuk kau.
- AI bukan musuh.
Ia adalah pembantu setia, yang sanggup kerja 24 jam asalkan kau tahu cara arahkan dia.
- Gabungkan AI + formula yang betul,
dan kau takkan pernah stuck lagi bila nak tulis ayat jualan.
Setiap hari, kau boleh hasilkan konten yang tepat, padu, dan terus cuit hati prospek — walaupun kau zero pengalaman menulis.
Ini bukan keajaiban.
Inilah sistem yang kau develop dari awal! START HARI INI…
BAB 2:
Asas Copywriting Berkesan – Tak Perlu Power, Asalkan Jelas
Copywriting Yang Berkesan = Bukan Cantik, Tapi Tepat
Bukan pasal guna perkataan bombastik. Tapi pasal satu formula simple:
Faham masalah buyer + Tawarkan solusi = Jualan berlaku
Dengar macam mudah jer..
Tapi ramai yang sangkut sebab tak tahu satu perkara penting…
Kenapa Buyer Tak Beli?
Kadang bukan sebab harga.
Bukan sebab produk kau tak bagus.
Tapi sebab:
❌ Dia tak rasa itu masalah dia
❌ Dia tak nampak kenapa kena beli SEKARANG
❌ Ayat kau hambar & buat dia skrol lalu je
Contoh klasik:
❌ “Sabun ni diperbuat daripada ekstrak herba premium yang diproses secara tradisional…”
✅ “Jerawat makin bernanah lepas guna sabun biasa? Cuba ni – formula khas untuk kulit sensitif & berjerawat. Ramai dah lega dalam 3 hari.”
Nampak tak beza dia?
Satu cerita pasal produk. Satu lagi cerita pasal masalah buyer.
Itu beza ayat yang informatif vs ayat yang buat orang terasa.
Dan ayat yang terasa tu lah yang convert.
So, kalau kau nak buat iklan, tanya dulu:
- Siapa buyer aku?
- Apa struggle dia sekarang?
- Apa yang dia nak sangat rasa?
- Apa jadi kalau dia tak selesaikan sekarang?
Bila kau jawab soalan tu, baru kau boleh bina ayat yang menjual secara senyap.
Ayat yang buat buyer bisik,
“Ini macam ditulis untuk aku…”
📐 Struktur Copywriting Yang Convert
Ada banyak formula, tapi paling simple & terbukti:
HOOK – BODY – CTA
1. HOOK (Tangkap perhatian)
Contoh:
“Kau stress sebab sale makin drop tiap minggu?”
“Ayat iklan kau buat orang lari?”
2. BODY (Masalah + Emosi + Solusi)
Contoh:
Ramai seller post hari-hari tapi takde siapa pun DM.
Mungkin bukan produk kau bermasalah – tapi ayat iklan kau yang tak kena.
Kau kena tulis ayat yang cakap direct kat hati buyer.
3. CTA (Call to action – ajak buat sesuatu)
Contoh:
“Nak saya bantu? Dapatkan eBook ni sekarang.”
“Tekan link & mula hasilkan ayat iklan sendiri guna ChatGPT.”
⚠️ Jangan Buat 3 Kesalahan Ni:
- Tulis terlalu panjang tapi tak jelas masalah buyer
- Terlalu banyak fakta, tapi kurang emosi
- Tak ada CTA → pembaca blur nak buat apa
💥 Copywriting = Masuk Dalam Kepala Buyer
Soalan yang kau kena tanya setiap kali nak tulis ayat:
- Siapa buyer aku?
- Apa masalah yang dia tengah alami sekarang?
- Apa perasaan dia bila hadap masalah tu?
- Apa yang dia sebenarnya nak rasa?
Contoh:
Buyer: Ibu muda yang struggle turunkan berat selepas bersalin
Masalah: Berat tak turun walau dah diet
Emosi: Rasa malu, down, tak yakin
Solusi: Program detoks khas ibu lepas bersalin
Ayat: “Baju lama semua dah ketat? Cuba plan detoks lembut ni – khas untuk ibu lepas pantang.”
✅ Rumusan Bab 2:
Struktur penting: HOOK – BODY – CTA
Masuk kepala buyer, bukan hanya senaraikan ciri produk
Tulislah untuk orang yang tengah cari jalan keluar dari masalah dia